UMNO gembira kerajaan tarik balik pembentangan RUU URA

 

UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA).

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO tegas berpendirian bahawa parti itu tidak menentang pembangunan bandar.''

Namun katanya, RUU URA perlu diperbaiki dan ditambah baik termasuk beberapa pindaan yang harus diperhalusi sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

"Untuk makluman, Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA ini telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu dengan meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan RUU URA.

"UMNO menegaskan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira," katanya dalam kenyataan media semalam.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan