Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bersyukur Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag hari ini.
"Alhamdulilah kemenangan untuk BN," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi dan jentera yang telah berusaha sehabis baik untuk kemenangan BN.
"Alhamdulillah Pemuda UMNO melahirkan seorang lagi wakil rakyat yang berkhidmat.
"Kita tak sembang, kita buktikan!!! Pemuda cara kita!!" katanya.
Calon BN bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Mokhtar dan calon BN bagi kerusi DUN Lamag, Mohd. Ismail Ayob mendahului calon-calon lain setakat ini.

0 Ulasan