Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil masa yang sangat lama untuk menyiasat bukti di sebalik tuduhan kononnya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta warga asing diberi subsidi petrol RON95.
Beliau berkata, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan belum menerima laporan berhubung tuduhan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Kenapa lama sangat? Sudah satu bulan?" soalnya dalam hantaran Facebook semalam.
Mohd. Puad berkata, terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada bukti itu tidak wujud atau SKMM tidak cekap membuat kerja.
Beliau berharap agar pendedahan bahan bukti itu tidak menerima nasib yang sama seperti titah adendum.
"Minta maaf sajalah termasuk mesti ada pihak yang kena minta maaf kerana menyorok titah adendum," katanya.
0 Ulasan