Najib dah lama beri amaran, cuma kita yang lalai

 


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah lebih awal memberi amaran bahawa kerajaan selepas Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai satu pilihan dalam isu tol iaitu melanjutkan konsesi secara senyap, tanpa pengumuman kepada rakyat.

Penganalisis politik, Datuk Eric See-To berkata, Najib sudah sedar seawal Januari 2020 bahawa strategi Pakatan Harapan (PH) bukanlah untuk memansuhkan tol seperti dijanjikan, sebaliknya melanjutkan konsesi secara meluas.

“Seawal bulan Januari 2020, Najib sudah sedar bahawa strategi Pakatan Harapan bukanlah untuk memansuhkan tol seperti yang mereka janji - sebaliknya mereka akan lanjutkan konsesi tol secara meluas. Malah, Najib turut ‘bermurah hati’ membantu membetulkan manifesto mereka ketika itu,” katanya.

Menurut beliau, Najib memahami realiti sebenar perjanjian tol yang bersifat mengikat serta membenarkan kenaikan kadar tol. Kos membatalkan konsesi juga amat tinggi dan kerajaan selepas BN tidak berani menaikkan kadar tol seperti termaktub dalam perjanjian.

“Kerajaan selepas BN tidak akan mampu bayar pampasan setiap tahun untuk halang kadar tol naik - sebagaimana dibayar sepanjang tempoh Najib jadi PM. PH tak tahu malu untuk mungkir janji dan akan cari pelbagai alasan atau membisu kenapa mereka tidak tunaikan janji,” jelasnya.

Tambah Eric, Najib telah memberi amaran bahawa pilihan kerajaan selepasnya hanyalah melanjutkan konsesi tanpa pengetahuan rakyat kerana bimbang dimarahi.

Hari ini, katanya, ramalan tersebut nyata berlaku apabila beberapa konsesi tol dilanjutkan, antaranya:

PLUS dilanjutkan 30 tahun hingga 2068

LEKAS dilanjutkan 25 tahun hingga 2064

BESRAYA dilanjutkan 6 tahun hingga 2046

KL-Karak dilanjutkan 37 tahun hingga 2069

LPT1 dilanjutkan 37 tahun hingga 2069

LDP dilanjutkan 8 tahun hingga 2038

KESAS dilanjutkan 10 tahun hingga 2038

SPRINT dilanjutkan 7 tahun hingga 2038

NPE dilanjutkan 27 tahun hingga 2057

“Najib dah lama beri amaran, cuma kita yang lalai,” katanya.




Catat Ulasan

0 Ulasan