Tengku Zafrul dilantik Ex Offico Biro Politik PKR

 

Bekas Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ex Officio Biro Politik PKR.

Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri menyertai PKR setelah melompat dari UMNO pada Ogos tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil dalam kenyataan media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu semalam.

Turut dilantik untuk jawatan sama ialah Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir, Mohammed Taufiq Johari dan Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Sementara itu, Datuk Jamawi Jaafar, Datuk Ruji Ubi dan Datuk Yamani Hafez Musa dilantik sebagai Ex Officio MPP PKR.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan