Ahli Parlimen DAP sahkan tiada perobohan di Jinjang Selatan Tambahan

 

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mengesahkan tiada tindakan merobohkan rumah, kedai atau kilang dilakukan di Jinjang Selatan Tambahan hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu adalah hasil perbincangan dengan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

"Tindakan undang-undang yang mungkin diambil oleh penyewa tanah tersebut, kita akan tunggu dan lihat perkembangannya.

"Persoalan asas tetap sama: adakah kira-kira 30 hingga 40 keluarga dan peniaga ini pernah memohon untuk menyewa rumah kos rendah kerajaan, atau mereka hanya menunggu kerajaan datang mencari mereka? 

"Tanah ini adalah hak kerajaan dan milik bersama seluruh rakyat — bukan untuk diwarisi atau disewakan oleh segelintir keluarga," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

BACA LAGI 




Catat Ulasan

0 Ulasan