Najib diundi PM masih hidup terbaik

 

Gambar: FB Eric See-To

Datuk Seri Najib Razak mengungguli undian tidak rasmi Perdana Menteri masih hidup yang terbaik di laman Facebook Ulasan Apek Cina.

Daripada lebih 25,000 netizen yang mengundi sejak 14 September lalu, kira-kira 78 peratus memilih Perdana Menteri keenam itu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh tercicir jauh di belakang Najib dengan undian 11 peratus.

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tangga ketiga dengan undian 6 peratus diikuti Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (4 peratus) dan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (1 peratus).

Keputusan undian itu tidak mengejutkan kerana ramai rakyat masih merindui zaman pentadbiran Najib yang mesra rakyat dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka.

Netizen boleh mengundi di laman Facebook Ulasan Apek Cina melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/share/p/1787ASpHuZ/?mibextid=wwXIfr.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan