Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa PAS tidak berani mengumumkan calon Perdana Menteri dari parti itu.
Menurut beliau, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, isu calon Perdana Menteri dibangkitkan kerana rakyat hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebenarnya Tuan Ibrahim silap. Rakyat bertanya kepada PAS kerana rakyat tidak yakin kepada calon yang dikemukakan oleh Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"PAS juga tidak yakin. Sebab itu PAS naik darah apabila Bersatu umum Muhyiddin calon Perdana Menteri ke-11 tanpa melalui syura rentas parti," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Mohd. Puad menambah, bagi PAS, Muhyiddin adalah liabiliti.
Beliau memberitahu, Presiden Bersatu itu membawa beban Jana Wibawa dan menantunya yang bersembunyi.
"Tapi PAS belum berani dedahkan calon PM mereka. Takut rakyat awal awal lagi tidak yakin kepada PAS," katanya.
0 Ulasan