Penganalisis politik, Datuk Eric See-To menjangka BN bakal berdepan kesukaran pada PRN Sabah nanti.
Menurut beliau, BN yang bekerjasama dengan PH akan berdepan dilema memandangkan PH bersekutu dengan GRS yang merupakan lawan BN.
"Paling untung ialah PH kerana mendapat sokongan daripada penyokong BN dan GRS di kerusi yang mereka bertanding.
"Sebaliknya, GRS dan BN berdepan kesukaran untuk meraih sokongan pemimpin serta penyokong PH, kerana PH tidak mahu berpihak kepada sesiapa memandangkan mereka bekerjasama dengan kedua-duanya sekali," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Setakat ini, katanya. GRS dilihat mempunyai sokongan lebih kukuh berbanding BN.
Eric berkata, GRS dan PH juga ada kelebihan kerana kini mereka merupakan kerajaan Sabah.
"Maka, apakah nasib BN dalam PRN Sabah yang mesti diadakan sebelum 11 November 2025?
"Adakah BN Sabah sudah tersilap strategi kali ini?" soalnya.

0 Ulasan