Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bersetuju dengan cadangan mengembalikan kuasa merotan kepada guru.
Beliau percaya langkah itu mampu mengatasi masalah disiplin di sekolah.
"Jika tiada rasa takut, maka susah nak timbul rasa hormat, maka jadilah manusia yang kurang ajar.
"Merotan bukan mahu membunuh. Merotan itu satu bentuk pengajaran untuk diingati apa kesalahan kita supaya menjadi manusia yang beriman di masa mendatang," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Beliau mengulas mengenai insiden rogol yang berlaku di sebuah sekolah di Melaka baru-baru ini.
0 Ulasan