Dulu PH kecam BN kempen guna jentera kerajaan, tapi sekarang buat yang sama - Rafizi

 

Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegur amalan penggunaan agensi kerajaan dalam kempen pilihan raya yang menurutnya semakin ketara sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pada 2022.

Rafizi berkata, beliau menyedari satu trend yang “tidak sedap” apabila setiap kali berlangsung kempen pilihan raya, agensi-agensi kerajaan mula berlumba-lumba menganjurkan program di kawasan panas.

“Setiap kali ada kempen pilihan raya, agensi-agensi kerajaan mula berlumba-lumba buat program di kawasan panas. 

"Khemah besar, makan percuma, nampak ramai orang. Bukan sebab kekuatan hujah, tapi sebab jentera kerajaan bergerak sekali,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut membuat perbandingan dengan pengalamannya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap

“Saya datang sorang-sorang, ada Timbalan Menteri lain datang dengan outrider, kereta rasmi, siap agensi ikut konvoi,” katanya.

Rafizi menegaskan perkara itu bukan isu kecil, sebaliknya simptom kepada masalah yang sama pernah ditentang selama dua dekad ketika berdepan Barisan Nasional (BN).

“Kalau dulu kita marah bila BN guna agensi dan kenderaan kerajaan untuk kempen, hari ini bila kita buat cara yang sama, rakyat tengok dan buat rumusan: ‘2×5, 5×2’,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa rakyat akan hilang harapan sekiranya pemimpin yang diundi atas nama reformasi mula mengulangi gaya lama.

“Kalau orang yang kita undi atas nama reformasi pun mula ikut gaya lama, apa lagi harapan yang tinggal untuk rakyat biasa?” katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan