PN jangan beretorik dengan slogan Kasi Bagus Sabah - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyindir Perikatan Nasional (PN) agar jangan beretorik dengan slogan 'Kasi Bagus Sabah'.

Beliau secara sinis mempersoalkan bagaimana PN mahu kasi bagus Sabah sedangkan negeri-negeri SG4 iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis tidak bagus pun.

"Sudah lama Kelantan dan Terengganu diperintah. Apa yang bagusnya? Kes jenayah menurun? 

"Apa kejayaan ekonomi di SG4 setelah melantik Tun M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sebagai penasihat ekonomi?

"PN tidak perlulah beretorik di Sabah. Bagi bagus parti Bersatu 'lagi bagus'," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Mohd. Puad mengulas mengenai pelancaran manifesto PN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan