Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengkhianati parti itu.
Beliau turut menasihatkan bekas Presiden UMNO itu agar berehat.
"Betullah Tun pernah beritahu Melayu mudah lupa.
"Kerana Tun terlupa bahawa Tun yang khianati UMNO. Berehatlah Tun," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Hari ini, Dr. Mahathir dilaporkan mendakwa UMNO sudah mengkhianati perjuangan generasi terdahulu untuk kemerdekaan tanah Melayu apabila bertindak menyokong perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang meletakkan Malaysia di bawah kuasa Amerika Syarikat (AS).
Dakwa beliau, keputusan UMNO itu dibuat demi kepentingan diri hingga menggadai tanah air.
Dr. Mahathir merupakan antara tokoh yang menjalankan gerakan menjatuhkan UMNO dengan bersekongkol bersama DAP serta Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU14.
Akibatnya, Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan sekali gus menyebabkan parti terbesar Melayu itu berdepan kesukaran dalam perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

0 Ulasan