Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa sebarang perkara yang dinyatakan oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkenaan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah melibatkan isu-isu yang telah dibangkitkan dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan yang berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 November 2025.
Menurutnya, keputusan di akhir kes pembelaan telah ditetapkan oleh mahkamah untuk disampaikan pada 26 Disember 2025.
"Jabatan ini kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti.
"Keputusan yang dibuat sentiasa berlandaskan undang-undang serta bukti yang tersedia, demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara," katanya dalam kenyataan media semalam.
Dalam sidang media kelmarin, Muhammad Shafee mendakwa anak guamnya iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diberi perbicaraan yang adil dalam perbicaraan kes 1MDB.
Beliau mendakwa, terdapat kekangan tertentu berkaitan pembentangan bukti yang menurutnya berpotensi membantu pembelaan namun tidak dapat dikemukakan sepenuhnya di mahkamah.

0 Ulasan