Azmin letak jawatan Setiausaha Agung PN

 

Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Januari 2026.

Beliau juga mengambil pendirian meletakkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa tarikh yang sama. 

"Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau mengambil perhatian bahawa pelantikannya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan