Hari Keluarga & Rapat Reformis Kebangsaan 2026 rai pejuang reformasi

 

Golongan penggerak dan penyokong gerakan reformasi sejak 1998 dipelawa menghadiri program Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan (HKDRRK) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 3 Januari ini.

Program ulung yang bakal diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung itu bertujuan menghimpunkan semula pejuang-pejuang reformasi bagi memperkukuh kesatuan dan kesinambungan perjuangan tersebut.

Pengarah Program HKDRRK 2026, Senator Amir Ghazali berkata, pihaknya menjemput semua pendukung tanpa mengira latar belakang untuk memeriahkan acara yang bermula seawal pukul 8 pagi hingga 6.20 petang itu.

“Seruan ini ditujukan kepada semua pendukung reformasi daripada pelbagai latar belakang — sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak — agar bersama-sama hadir bagi memeriahkan program ini sebagai simbol kesatuan dan kesinambungan perjuangan reformasi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Penasihat Program, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa memaklumkan, HKDRRK 2026 turut akan diserikan dengan ucaptama daripada pimpinan utama gerakan serta penganjuran kenduri rakyat.

Menurut beliau, acara itu dirangka sebagai wadah untuk merapatkan ukhuwah selain menjadi medan pertemuan bersejarah buat seluruh pendukung reformasi dari serata negara.

Antara pengisian utama program termasuklah acara sukaneka keluarga, pertandingan tarik tali antara negeri, dan forum khas yang menampilkan tokoh-tokoh ikonik reformasi.

Antara tokoh yang dijangka hadir ialah:

Penganjuran itu diharapkan dapat memperbaharui tekad reformasi ke arah masa depan negara yang lebih mampan serta inklusif melalui pengukuhan semangat perjuangan dan silaturahim yang erat.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan