Yang khianat tak boleh dibuat kawan! - Afnan Hamimi

 

Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyuarakan kekesalannya terhadap 'parti kawan' yang gagal mengawal wakil rakyatnya dalam isu penarikan sokongan terhadap bekas Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli.

Walaupun beliau tidak menyatakan secara terperinci, 'kawan' itu dipercayai merujuk kepada Bersatu.

"Faktanya jelas. Kawan kita gagal mengawal ADUN  partinya yang sign SD menolak Cikgu Shukri

"Bila ditanya, dijawab tiada arahan untuk ADUNnya tandatangan SD," katanya dalam hantaran Facebook hari ini. 

Afnan Hamimi menambah, apabiila didesak ambil tindakan tegas seperti PAS ambil tindakan terhadap tiga bekas ADUN parti itu,  sehingga kini tiada tindakan. 

Bahkan, katanya, dihantar pula nama untuk jadi Menteri Besar. 

"Tak bagi arahan. Tapi tak ambil tindakan. Kedua-duanya membawa maksud merestui tindakan. 

"Kawan yang tidak mampu mengawal anak buah adalah kawan yang lemah. Kawan yang menjatuhkan kawan, ini kawan yang khianat," katanya.

Berikutan krisis politik yang berlaku di Perlis, Afnan Hamimi berkata, PAS adalah sangat layak untuk mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut mencadangkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Pengerusi PN yang baharu.

"PN 2.0 + MN 2.0. Yang khianat tak boleh dibuat kawan! Yang lemah tak boleh jadi ketua!

"Yang khianat, sila berambus! Yang lemah, sila turun!" tegasnya.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan