Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berpandangan, sayap itu berhak menentukan sama ada parti kekal dalam Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya.
Menurut beliau, UMNO adalah milik semua ahlinya.
"Kita bukan sembang sahaja, tapi kita buat apa kita cakap!!
"Sama ada kekal atau keluar, kita yang menentukannya!!" katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Sehubungan itu, beliau menjemput semua ahli sayap berkenaan yang masih sayangkan perjuangan UMNO dan berani menyuarakan hasrat isi hati mereka untuk hadir ke Konvensyen Khas Pemuda UMNO di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 3 Januari ini.
"Sudah tiba masanya kita yang sayangkan UMNO ini keluar dan suarakan isi hati kita tentang hala tuju UMNO dalam kerajaan ini!!" katanya.

0 Ulasan