Bubar sahaja PN selepas Muhyiddin letak jawatan - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpandangan, Perikatan Nasional (PN) seharusnya dibubarkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusinya.

Menurut beliau, ia adalah peluang terbaik untuk menamatkan gabungan yang gagal dan tidak lagi relevan.

"Tidak perlulah PAS fikir siapa calon sesuai untuk ambil alih. Lebih baik PAS cari jajaran baru. 

"Tebuk atap dan tikam belakang seperti di Perlis adalah kemuncak kegagalan PN. Nama pun dah busuk. Sebab itu total loss di Sabah," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Puad mendakwa, tindakan Muhyiddin meletak jawatan bermakna bekas Perdana Menteri itu tidak akan mendapat kerjasama dan kepercayaan daripada PAS. 

Beliau mendakwa, Muhyiddin juga tahu PAS akan meninggalkan Bersatu

"Tapi siapakah teman jajaran baharu PAS?"







Catat Ulasan

0 Ulasan