Puad ramal Muhyiddin letak jawatan Presiden Bersatu

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu.

Beliau percaya Muhyiddin sudah mengetahui gerakan dalaman untuk menjatuhkannya.

"Dia sudah menghidu terlalu banyak pertemuan hotel sana, hotel sini, langkah sana, langkah sini. 

"Cuma kali ini belum ada nama sesuai kepada langkah tersebut," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Puad menambah, Muhyiddin sudah mengetahui siapa orang kuatnya yang telah menyeberang jambatan.

Beliau mempersoalkan bagaimana Muhyiddin boleh bertahan sebagai Presiden Bersatu sekiranya hanya empat Ahli Parlimen yang masih setia dengannya.

"Lebih baik letak semua jawatan sebelum dimalukan.  Itulah karma. 

"Turun PM sudah jadi Turun Muhyiddin," katanya.

BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan