FAM kemuka rayuan hukuman 7 pemain warisan kepada CAS

 


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada  Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk ini serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, CAS telah menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

"FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan.

"Segala perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan media hari ini.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan