Kami sekeluarga amat kecewa keputusan kes titah adendum - Nizar Najib


Datuk Nizar Najib berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes titah adendum terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Razak pada 22 Disember lalu amat mengecewakan dan melukakan hati mereka sekeluarga.

Beliau berkata, titah adendum melibatkan bekas Perdana Menteri itu terus dipertikaikan dan tidak dilaksanakan sewajarnya.

"Seolah-olah satu titah boleh diketepikan tanpa rasa ihsan dan keadilan.

"Kami tidak menuntut keistimewaan, hanya menuntut penghormatan terhadap titah yang telah dizahirkan, dan kami percaya kebenaran serta keadilan tidak akan selama-lamanya disenyapkan," katanya dalam hantaran Facebook Isnin lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak semakan kehakiman yang difailkan Najib justeru menyebabkan beliau perlu menjalani hukuman penjara yang berbaki tiga tahun di Penjara Kajang.

Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari 2024.

Keputusan itu menyebabkan titah adendum berhubung perintah tahanan di rumah terhadap Najib tidak dapat dilaksanakan.

Najib kini menjalani hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes SRC International.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan