SPRM sila siasat dakwaan rasuah di Perlis - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menggesa SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung rasuah di Perlis.

Menurut beliau, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu berkaitan projek di Perlis punca krisis politik sehingga berlaku menarik sokongan dan Mohd. Shukri Ramli terpaksa letak jawatan sebagai Menteri Besar.

"SPRM tunggu apa lagi. Mulakanlah siasatan. Negeri kecil. Hasil pun kecil. 

"Kalau kecil pun tidak pandai ditadbir, maka apa lagi mahu mentadbir negara. Jangan bercita-cita besar sangat. Akhirnya tebuk atap berlaku di SG4," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.

Dalam sidang media di Marang pada 26 Ogos lalu, Abdul Hadi berkata, banyak projek besar di Perlis tidak mengikut peraturan.

"Projek banyak sangat. Projek tak ikut peraturan pula, salah. Di sebaliknya ada rasuah, di sebaliknya ada macam-macam.

“Dia (Shukri) tak boleh ikut. Saya tak perlu sebutlah siapa dia.

"Jadi bila kuat tekanan, kita terpaksa bertindaklah,” katanya namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut projek besar yang dimaksudkan.







Catat Ulasan

0 Ulasan