Malaysia bimbang kestabilan sempadan Afghanistan-Pakistan - PMX

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan Malaysia berhubung kestabilan di sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Kebimbangan itu disuarakan kepada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif melalui perbualan telefon tengah hari tadi.

"Berharap agar semua pihak dapat mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan saluran diplomasi demi mengelakkan ketegangan yang berpanjangan," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsi situasi semasa banjir yang melanda negara serta Indonesia dan Thailand.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan