Exco Pertanian Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim menegaskan bahawa kenyataan media berhubung isu besar melibatkan Felda sepatutnya dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi organisasi itu, bukan sekadar jabatan tanpa nama.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pihaknya telah lama mengadakan perbincangan dengan pegawai Felda di peringkat Pengurus Besar dan Ketua-Ketua Jabatan, namun mereka tidak mampu membuat keputusan.
“Saya berpandangan, sepatutnya untuk isu sebesar ini, kenyataan media perlu dikeluarkan oleh orang nombor satu Felda atau paling kurang Ahli Lembaga Pengarah dan bukannya kenyataan Jabatan tanpa nama. Kita dah bertahun ajak bincang dengan pegawai level Pengurus Besar dan Ketua-Ketua Jabatan Felda. Mereka tak boleh nak buat keputusan. Selalunya mereka berdalih, kami perlu rujuk kepada Lembaga Pengarah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, meskipun bertahun menunggu, keputusan Lembaga Pengarah Felda tidak juga kunjung tiba, malah apabila dipersoalkan sama ada isu berbangkit berhubung tanah Felda di Terengganu telah dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah, jawapan yang diterima amat mengecewakan.
“Bertahun kami tunggu, keputusan Lembaga Pengarah Felda tak juga kunjung tiba. Bila dipersoalkan, benarkah isu berbangkit telah dibawa ke mesyuarat BOD, mereka hanya pandang kiri dan kanan. Mana minit mesyuarat BOD tentang tuntutan Kerajaan Negeri? Mereka tak dapat nak bagi!” ujar beliau.
Dr Azman menegaskan bahawa pihaknya hanya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Felda dan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), namun kenyataan itu tidak membawa kepastian.
BACA LAGI“Lantaran itu, kami hanya mengambil maklum tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Felda dan FGV. Ia suatu kenyataan tanpa kepastian yang jelas sedangkan tuntutan Kerajaan Negeri kepada Felda sangat jelas secerah cahaya matahari di siang hari,” katanya.

0 Ulasan