STARSabah kekal sebagai pembangkang - Jeffrey

 

Presiden STARSabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan menegaskan partinya tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang diketuai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut beliau, pendirian mereka tidak berubah iaitu Sabah mesti ditadbir oleh parti-parti tempatan Sabah, bukan oleh gabungan yang bergantung kepada pengaruh yang berpangkalan di Tanah Melayu.

"Pelantikan Datuk Mohd. Ishak Ayub sebagai pembantu menteri adalah pelantikan terus oleh Ketua Menteri. Ia bukan jawatan yang dirundingkan oleh parti. 

"Beliau adalah wakil rakyat yang dipilih untuk Bingkor dan kami menghormati hak beliau dalam menerima peranan tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jeffrey menambah, STAR akan bertindak sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan mereka akan menyokong dasar-dasar yang melindungi Sabah, dan kami akan menentang sebarang langkah yang menjejaskan MA63, Perlembagaan, atau perjuangan panjang untuk Sabah demi rakyat Sabah.

Beliau berkata, pendirian STARSabah adalah konsisten dan teguh iaitu menyokong kerajaan negeri yang dibentuk sepenuhnya oleh parti-parti tempatan Sabah.

"Apa-apa yang kurang daripada itu melemahkan kuasa tawar-menawar dan masa depan Sabah.

"STARSabah akan meneruskan tugasnya dengan integriti, disiplin, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Sabah dan rakyatnya," jelasnya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan