DAP Sabah tak ambil sebarang jawatan dalam kerajaan negeri

 

DAP Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Sabah termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, keputusan itu dimaklumkan dalam menyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP malam tadi. 

"Para pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Anthony berkata, DAP telah menerima isyarat yang jelas dan tidak meragukan daripada para pengundi. 

Menurut beliau, tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).

"Para pemimpin dan anggota yang terlibat dalam kempen amat peka bahawa terdapat ketidakpuasan yang meluas di kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen.

"Berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, kami akan mengumpulkan semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama dengan Perdana Menteri untuk mempercepatkan agenda reformasi dalam tempoh enam bulan yang akan datang," jelasnya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan