Tak semestinya Presiden PAS jadi calon Pengerusi PN - Fadhli

 

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari membayangkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu dari partinya tidak semestinya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, individu berkenaan diyakini boleh mengembleng kekuatan parti-parti di bawah PN. 

"Pastinya rombakan akan dilakukan terhadap organisasi PN bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Fadhli juga menyifatkan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Pengerusi PN sebagai tindakan yang bijak dan tepat dalam situasi gabungan politik itu memerlukan momentum baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

"Tahniah Tan Sri Muhyidin Yasin atas sikap terbuka beliau. Selamat bekerja Pengerusi PN yang baharu," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan