Tun Mahathir patut insaf - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penubuhan Sekretariat Melayu atau Payung Besar Melayu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan ke mana. 

Menurut beliau, tujuannya jelas iaitu politik dan mahu menjatuhkan individu-individu tertentu sahaja.

"Tun Mahathir ada legasi yang hebat tetapi terperangkap kerana guna politik matlamat menghalalkan cara. 

"Dia patut insaf, kerana politiknya sudah tidak lagi relevan," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Mohd. Puad berkata, kini nama Dr. Mahathir sebaris dengan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran

"Malam cakap lain, siang cakap lain. Baru dua hari selesai mesyuarat Sekretariat Orang Melayu, dia tuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin simpan duit parti di rumahnya. 

"Macam mana mahu jadi payung besar?" soalnya.

Beliau berpandangan, adalah lebih baik disambung semula Kongres Cendekiawan Melayu yang banyak menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi dan pendidikan Melayu kerana langkah itu lebih realistik.

"Politik Mahathir lebih menggalakkan permusuhan termasuk melemahkan institusi Melayu sedia ada. Nampak idealistik tapi penuh muslihat politik.

"Dia tidak perlu tubuh organisasi baru. Masanya tamat. Lebih baik bergerak solo," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan