Penganalisis politik, Datuk Eric See-To mempersoalkan sikap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong yang seolah-olah lepas tangan dalam isu kerosakan jalan di kawasannya.
Menurut beliau, Vivian bersikap demikian setelah kalah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
"Setelah Vivian kalah besar, ada pengundi Sandakan mengadu dalam FB posting dia bahawa jalan di bandar Sandakan penuh lubang dan minta Vivian ambil perhatian.
"Jawapan Vivian adalah "You perlu tag ADUN baru dah."
"Oh.. macam itu, ya? Bila kalah, suruh penduduk di kawasan dia cari ADUN yang menang?
"Bila ada orang lain ingatkan dia bahawa dia tetap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian jawab bahawa dia hanya mahu beri peluang kepada ADUN baharu yang kalahkan dia unuk jalankan tanggungjawab mereka," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

0 Ulasan