Yeo Bee Yin gembira Najib kekal dalam penjara

 

Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin gembira apabila mahkamah hari ini memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukumannya di dalam penjara.

"Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak semakan kehakiman yang difailkan Najib justeru menyebabkan beliau perlu menjalani hukuman penjara yang berbaki tiga tahun di Penjara Kajang.

Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari 2024.

Keputusan itu menyebabkan titah adendum berhubung perintah tahanan di rumah terhadap Najib tidak dapat dilaksanakan.

Najib kini menjalani hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes SRC International.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan