Akmal tak perlu letak jawatan Exco - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berpandangan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh tidak perlu meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Menurut beliau, usaha melawan DAP tidak perlu dilakukan sepenuh masa sehingga terpaksa meletak jawatan. 

Puad berkata, Kerajaan Negeri Melaka dipimpin oleh BN dan tindakan meletak jawatan tidak boleh disamakan dengan keluar dari kerajaan pimpinan PH.

"Dan letak jawatan Exco Melaka tidak “carry weight” berbanding letak jawatan Ketua Pemuda dalam isu “pull the plug”.  

"Akmal tidak perlu pun letak jawatan sebagai Exco Melaka atau Ketua Pemuda. 

"Yang penting lawan tetap lawan walaupun berada dalam kerajaan yang sama. Tetapi Akmal mungkin ada rasional sendiri," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan