Jangan menghasut sampai wujud ketegangan antara wilayah - Agong

 

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak sewajarnya kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat menghormati, serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan.  

"Yang Berhormat sekalian hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak menghasut sampai wujud ketegangan antara wilayah. 

"Sebarang perbezaan pandangan haruslah diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka," titah Seri Paduka pada Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Parlimen hari ini.  

Seri Paduka bertitah, hakikatnya, hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati. 

Sultan Ibrahim bertitah, namun begitu, kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan.  

"Saya juga ingin mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, bahawa setiap perbahasan, keputusan, dan undian yang dibuat di dalam dewan ini bukan hanya merupakan pendirian politik parti, tetapi bakal menentukan masa depan kita.  

"Oleh itu, laksanakan tugas ini dengan penuh amanah, bijaksana, dan bertanggungjawab demi kepentingan seluruh rakyat.  

"Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar Malaysia terus maju dan makmur, aman damai, serta seluruh rakyatnya menikmati kehidupan yang sempurna, bahagia dan sejahtera," titah Seri Paduka.  

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan