Kita usahakan PM sekarang tak lebih sepenggal - Fadhli

 

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hakikatnya semua Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad berundur pada 2003 tidak pernah mentadbir negara melebihi dua penggal. 

Bahkan, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, dengan umur Perdana Menteri sekarang pun untuk beliau kekal sehingga melebihi dua penggal kelihatan agak mustahil walaupun mungkin boleh berlaku.

"Jadi tiada apa yang ‘ajaib sangat’ dengan menghadkan tempoh Perdana Menteri selama 2 penggal. Ia tidak mengenyangkan rakyat, tidak menghilangkan tekanan kos sara hidup.

"Berhubung Perdana Menteri sekarang, insya-Allah kita usahakan tidak lebih satu penggal mentadbir negara," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, rang undang-undang bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri untuk dua penggal akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.

BACA LAGI












Catat Ulasan

0 Ulasan