UMNO akan menubuhkan Sayap Digital bagi memperkasakan lagi peranan media sosial parti itu, kata Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.
Menurut beliau, perkara itu diumumkan dalam Taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur hari ini.
"Presiden mengumumkan penubuhan Sayap Digital UMNO.
"Ia memperkasakan lagi peranan media sosial UMNO," katanya dalam hantaran Facebook.

0 Ulasan