Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 berlangsung dengan tertib, penuh wacana yang bernas yang berpaksi pada rakyat, serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional demi sebuah Malaysia yang madani.
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata, dalam landskap politik dan ekonomi yang kian mencabar, kekuatan sebenar tidak lahir daripada perbezaan yang terus dipicu, sebaliknya daripada kesepaduan yang diperkukuh, kebijaksanaan yang diraikan, serta iltizam bersama untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.
Anwar berkata, Malaysia memerlukan politik yang matang, berteraskan muafakat, saling menghormati dan keupayaan untuk bekerja bersama demi kestabilan, kemakmuran serta masa depan yang lebih adil dan inklusif buat seluruh rakyat.
"Selamat bersidang kepada semua pimpinan dan perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMN)," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

0 Ulasan