Bekas Ketua Hakim Negara ke-12, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia di Kuala Lumpur pada umur 84 tahun, hari ini.
Khabar sedih itu dikongsikan oleh ramai individu melalui media sosial.
Dilahirkan pada 18 April 1942, Allahyarham yang berasal dari Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang, menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan St. Xavier‘s Institution.
Beliau menamatkan pengajian dan beroleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969 sebelum menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak.
Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990 dan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992.
Pada 1 September 2000, Allahyarham dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.

0 Ulasan