Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengingatkan orang Melayu supaya jangan lalai dengan perancangan yang dilakukan oleh puak DAP.
Menurut beliau, sebelum ini mereka mahu melaksanakan Akta Pembaharuan Bandar (URA) dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dr. Akmal berkata, kali ini, DAP merancang untuk melaksanakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur pula.
"Mereka tetap mereka. Kita jangan lalai.
"Sebagaimana kita tolak dan gagalkan perancangan URA dan pilihan raya PBT sebelum ini, begitulah juga kita harus menolak dan menggagalkan rancangan mereka kali ini.
"Kita sibuk bergaduh sesama kita kerana kuasa. Mereka bersatu kerana kuasa. Sedarlah wahai saudaraku," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

0 Ulasan