Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, UMNO mesti membantah cadangan untuk mengadakan pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Beliau berkata, UMNO perlu tubuh segera sekretariat khas untuk mengemukakan maklum balas seperti mana parti itu membantah RUU URA.
"Media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh berkata kajian untuk mengadakan pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dibuat. Ini isu serius.
"Kuala Lumpur banyak pusat hiburan, pub, kelab malam, pusat urut dan kegiatan tidak bermoral. Banyak aktiviti bawah tanah, kartel dan gengster.
"Bukan sahaja pilihan raya itu akan dipengaruhi oleh parti politik dan sentimen perkauman tetapi juga oleh kartel dan gengster.
"Bayangkan gengster Kuala Lumpur guna duit dan rangkaian mereka untuk sokong calon tertentu.
"Pejabat Datuk Bandar tidak lagi bebas. Jika penjawat awam buat kesalahan tindakan tatatertib boleh diambil.
"Tetapi Datuk Bandar yang dipilih melalui pilihan raya kena tunggu penggal mereka tamat," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

0 Ulasan