![]() |
| Gambar: Palestinian Information Center |
Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak biadab mencemar kesucian Masjid al-Aqsa pagi dan petang tadi, ketika pihak berkuasa rejim Zionis Israel mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan umat Islam ke masjid suci itu.
Memetik laporan Palestinian Information Center, pendatang haram berkenaan memasuki Masjid al-Aqsa melalui Pintu Maghariba sebelum berlegar di pekarangan masjid dengan kawalan ketat polis.
Sepanjang berada di Masjid Al-Aqsa, mereka dilaporkan mendengar ucapan daripada rabbi manakala sebahagian daripada mereka turut melakukan doa Talmud serta amalan provokatif lain.
Pada masa yang sama, polis rejim Zionis Israel mengenakan sekatan pergerakan dan kemasukan terhadap umat Islam di pintu masuk Masjid al-Aqsa, menyebabkan ramai dihalang daripada menunaikan ibadah di kawasan berkenaan.
Difahamkan, polis rejim Zionis Israel sejak kebelakangan ini mempertingkatkan sekatan terhadap umat Islam menjelang Ramadan, termasuk mengeluarkan arahan melarang sebahagian besa rakyat Palestin dari Baitulmuqaddis dan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948 daripada memasuki Masjid al-Aqsa.

0 Ulasan