Hamas seru masyarakat dunia anjur demonstrasi bantah kezaliman rejim Zionis

 

Hamas menyeru masyarakat antarabangsa untuk menganjurkan demontrasi di seluruh dunia bagi membantah pencerobohan serta pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Memetik laporan Palestinian Information Center, Hamas dalam kenyataan media hari ini menggesa negara-negara Arab, umat Islam serta masyarakat antarabangsa turun ke jalanan menyertai perarakan solidariti bersama Gaza dan membantah dasar rejim Zionis Israel.

Hamas turut menyeru agar perhimpunan besar-besaran dianjurkan khususnya setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, di seluruh dunia bagi menentang pendudukan, pencerobohan serta pembunuhan beramai-ramai yang menyasarkan penduduk Gaza.

Pergerakan pembebasan Palestin itu menegaskan keperluan meningkatkan tekanan terhadap Israel bagi memaksa rejim berkenaan menghentikan serangan dan menghormati komitmen gencatan senjata.

“Rejim Zionis Israel terus melancarkan serangan terhadap Gaza melalui serangan udara berulang kali dan pengeboman tanpa henti, melakukan pembunuhan sistematik dengan mengebom khemah serta rumah orang awam yang tidak berdaya, sekali gus menambah penderitaan mereka,” kata Hamas.

BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan