Puad dakwa Hannah tak sensitif kuasa Agong

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh tidak sensitif dengan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menurut beliau, kuasa itu terkandung dalam undang-undang khususnya Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

"Rakyat tidak marah jika kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu untuk meningkatkan akauntabiliti, profesionalisme dan mengurangkan birokrasi. 

"Apatah lagi supaya Datuk Bandar bebas dari tekanan politik. 

"Tetapi bukan pilihan raya melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur. Hannah Yeoh patut lebih peka perkara ini," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan