Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia tidak benar - PMX

 

Dakwaan bahawa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Kalimantan Utara adalah tidak benar sama sekali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rekod rasmi menunjukkan kawasan yang dipertikai itu sememangnya tidak pernah dituntut sebagai milik Malaysia.

"Segala tindakan kerajaan dibuat berpandukan fakta, perjanjian antarabangsa dan kepentingan negara," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu,  dalam Sesi Penerangan Khas Parlimen terkait Isu Jajaran Sempadan hari ini, beliau telah menjelaskan bahawa Malaysia dan Indonesia telah melalui proses rundingan tahun 1977.

Anwar berkata, perjanjian tersebut menjadi asas kepada semua keputusan berkaitan jajaran sempadan sehingga kini.

"Kerajaan MADANI bertindak berlandaskan fakta, undang-undang dan kepentingan negara tegas mempertahankan kedaulatan Malaysia tanpa kompromi," katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan