Wanita warga asing ditahan curi duit di kedai dobi

 

Polis menahan seorang wanita warga asing selepas dipercayai terbabit dalam kes kecurian wang tunai di sebuah kedai dobi di Bandar Mahkota Banting, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.55 malam kelmarin daripada seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun.

“Semasa pengadu berada di rumah di Taman Bakti, Sungai Manggis, Banting, beliau menyedari dompet duit miliknya tertinggal di sebuah kedai dobi di Bandar Mahkota Banting, semasa mencuci pakaian. 

"Apabila pengadu pergi semula membuat pemeriksaan, didapati wang di dalam dompet tersebut berkurangan. 

"Sebelum ini, wang tunai di dalam dompet pengadu adalah sebanyak RM500 dan telah berkurangan sebanyak RM250,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut beliau, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek dipercayai seorang wanita telah mengambil duit dari dalam dompet tersebut dan anggaran kerugian kira-kira RM250.

“Ekoran kejadian itu telah tular di media sosial Facebook, pihak polis telah berjaya menahan suspek seorang perempuan warga asing dan membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh pengadu. 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan