KSN nafi PMX arah JK khas tangguh dedah hasil siasatan terhadap Azam Baki

 

Pejabat Ketua Setiausaha Negara menafikan dakwaan yang dibuat oleh Bloomberg pada 30 Mac 2026 bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta sebuah jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan berhubung pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Bin Baki.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, untuk makluman, prosiding telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 selepas pembentangan Jawatankuasa Siasatan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2026. 

"Proses ini perlu melalui tatacara yang ditetapkan dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Selain itu, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan lanjut terhadap Bloomberg berhubung dakwaan tersebut," katanya dalam kenyataan media pada 31 Mac 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan