Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR adalah tidak benar sama sekali.
Beliau kekal komited menjalankan amanah yang diberikan selaras dengan mandat anggota parti dan proses demokrasi organisasi.
Menurut anak Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, tiada sebarang perubahan berlaku dalam struktur kepimpinan sedia ada, dan fokus utama beliau kini adalah untuk terus memperkukuh agenda perjuangan parti.
"Saya menghargai keprihatinan semua pihak, namun saya menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan maklumat palsu atau spekulasi yang berniat jahat.
"Segala maklumat sahih hanya akan disalurkan melalui kenyataan rasmi parti," katanya dalam hantaran Facebook pada 31 Mac 2026.

0 Ulasan