Naik basikal antara cadangan bernas Ahmad Maslan tangani kenaikan harga minyak


Berikut adalah cadangan bernas daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam menangani masalah kenaikan harga petrol dan diesel:

1) Banyakkan pengeluaran, jual dan guna kenderaan elektrik - kereta elektrik, motosikal elektrik, bas elektrik dll.

2) Hebatkan usaha kajian dan bina kilang biodiesel daripada kelapa sawit untuk kegunaan yang banyak.

3) Beri insentif kepada “carpooling” iaitu berkongsi kenderaan ke tempat kerja.

4) Galakkan penggunaan pengangkutan awam daripada mengguna kenderaan sendiri.

5) Basikal adalah kaedah yang sihat untuk ke tempat yang dekat.

6) Cari laluan import dan eksport minyak yang tidak melalui kawasan sensitif dan kemungkinan berlaku perang.

7) Terus dan tingkatkan berdagang dengan pelbagai negara yang boleh menguntungkan rakyat Malaysia.

Sumber: Facebook Ahmad Maslan, 27 Mac 2026

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan