"Rakyat bukan lupa" UMNOSiswa ingatkan Anwar pernah janji bulan bintang

 

Berikut adalah kenyataan media Pengerusi UMNOSiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Muhammad Adib Mohd. Noor pada 27 Mac 2026:

Dulu masa jadi pembangkang, bukan main lagi janji bulan dan bintang.

Anwar Ibrahim sendiri pernah kata Malaysia ni negara pengeluar minyak, jadi TAK PATUT rakyat terkesan dengan kenaikan harga minyak dunia. Masa tu, naik 5 sen pun digambarkan macam negara nak runtuh.

Hari ini bila dah pegang kuasa? Cerita terus bertukar.

Sekarang rakyat disuruh faham keadaan global, disuruh terima hakikat harga dunia naik, seolah-olah semua alasan yang dulu dikritik kini jadi “justifikasi” pula.

Jadi sebenarnya, dulu yang cakap tu fakta atau sekadar politik?

Kalau betul dulu kerajaan kononnya gagal urus krisis, kenapa sekarang guna alasan yang sama? Kalau dulu boleh janji macam-macam, kenapa hari ini tak mampu tunaikan?

BACA LAGI



UMNOSISWA UMPSA nak tegaskan:

🔸 Rakyat bukan lupa

🔸 Rakyat bukan bodoh

🔸 Rakyat nampak perbezaan cakap masa jadi pembangkang vs masa jadi kerajaan

Jangan hanya pandai menakutkan rakyat ketika di luar kerajaan, tetapi bila diberi peluang memimpin, alasan yang sama pula digunakan.



Catat Ulasan

0 Ulasan