Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli kelihatan menang dalam pertembungan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, tiada tindak balas daripada Anwar selepas serangan dilancarkan oleh Rafizi terhadapnya.
"Maklum balas pun tidak ada. Anwar nampak takut dan defensif.
"Pecat Rafizi pun tidak berani. Rafizi setakat ini kelihatan menang," katanya dalam hantaran Facebook pada 25 Mac 2026.
Mohd. Puad berkata, perkara yang sama berlaku terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.
Malah, katanya, sehingga kini Rafizi belum dipanggil untuk disoal siasat atau didakwa.
"Kenapa lambat sangat? Najib cepat betul dipanggil sampai bermalam di pejabat SPRM.
"Semoga ini bukan untuk “damage control”. Bukan untuk sembunyikan banyak rahsia. Integriti SPRM tidak boleh diperjudikan," katanya.

0 Ulasan