Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengingatkan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin bahawa memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat dengan cara menampung subsidi.
Menurut beliau, subsidi juga bertujuan mengelakkan kenaikan kos sara hidup secara mendadak.
"Itu gunanya subsidi wahai YB. Kalau zaman jadi pembangkang dulu, bukan main kerajaan BN kena maki sebab nak minta semua percuma guna subsidi.
"Dah jadi kerajaan, kata subsidi kepada rakyat membebankan pula.
"Yang membebankan negara ni sebenarnya adalah pemimpin macam kamu bukan subsidi kepada rakyat. Bengap!!" katanya dalam hantaran Facebook pada 23 Mac 2026.
Dr. Akmal mengulas kenyataan Zhemin pada 23 Mac 2026 yang menegaskan bahawa tindakan menggunakan keuntungan Petronas untuk menampung subsidi bahan api hanya membebankan kerajaan.

0 Ulasan